Sunday, August 22, 2010

Happy Birthday Ayah

Hari ini tanggal 22 Ogos.. Hari ulangtahun kelahiran ayahanda tercinta. Hero hatiku dari dulu, kini dan buat selamanya. Biasa wish thru phone saja. Segan pulak bila live macam ini. Hiks. Mengada anak dia neh tau.

Ayahanda kini berusia 60 tahun. Oh. Macam tak sangka. Ayahanda tetap nampak tampan dan muda seperti dulu jugak (macam sukar nak terima ayahanda da 60 tahun T___T). Semoga ayahanda sentiasa sihat, berada dalam lindungan Yang Maha Esa, diberikan nikmat hidup di dunia dan akhirat yang tidak pernah putus oleh Yang Maha Pemurah, dan juga... Semoga anakanda ini sempat membalas segala jasa dan titik peluh penat lelah ayahanda selama membesarkan anakanda. Mode macam sayu je.

Ayahanda kurang sihat beberapa hari sebelum hari ulangtahun kelahiran beliau. Demam setiap petang. Risau jugak anakanda ini melihat. Tidak sampai hati. Mahu di bawa ke hospital, bonda cakap ayahanda tak nak. Hmmm.. Ayahanda, janganlah berdegil. Kami semua sayang ayahanda.

Ya Allah Yang Maha Mendengar,
Panjangkanlah usia ayah dan bonda ku.
Berilah mereka kesihatan yang baik agar mereka terus berdaya beribadah dan menghambakan diri padaMu Ya Tuhan..
Berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka, menggembirakan mereka,
memberi kesenangan kepada mereka..
Kurniakanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.
Andai salah seorang dari keluarga kami pergi bertemuMu terlebih dahulu,
temukanlah kami kelak di syurgaMu..
Sayangilah dan kasihilah mereka seperti mereka menyayangi dan mengasihi aku dan adik-adik sewaktu kecil dahulu...
Jadikanlah kami semua antara golongan orang yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau kurniakan...
Amin. Ya Rabbal 'Alamin.

Selamat ulangtahun ayah.
Kami sayang ayah.
Emm...boleh anakanda kawen tahun depan tak ayahanda? =P

(n_n)

4 comments:

Anonymous said...

Semoga bekawen secepat mungkin... amin....kenalkanlah si dia kat cni...

N.M. Noor said...

Anon ~ amin..:) terima kasih atas doa anda..kenalkan si dia kat sini? hmmm...slagi belum jd suami,biarlah menjadi rahsia sejagat buat sementara waktu...:D

Anonymous said...

Betul, betul.... biarlah rahsia buat sementara.... ^_^. Sampai masa pasti blog kamu akan dihiasi dengan kisah2 cinta yang romantis. Tapi rasanya kamu selalu menulis psl perkawenan...ibaratnya kamu berdua sudah amat bersedia tuk ke alam baru...Baguslah, lagipun adalah harus perkawenan itu apabila kedua-duanya sudah bersedia...Didoakan semoga kamu berdua dimudahkan urusan olehNya...Kamu mesti amat bahagia dengan si dia....1 tip tuk kamu, blog adalah 1 cara tuk mendapat doa dari kawan2 tersayang, oleh itu, dengan bercerita di blog, orang yang membacanya pasti akan mendoakan yang terbaik buat kamu... Oleh itu, jangan segan menceritakan sesuatu yang indah dalam hidup kita...dan teruskan berdoa.. (-:

N.M. Noor said...

InsyaALLAH..Boleh dikatakan bersedia jugaklah. Alhamdulillah, kami sangat bahagia dengan apa yang kami ada sekarang. Syukur. Terima kasih atas doa anda. Buat masa ni, rasanya tak terbuka lagi hati nak bercerita kisah kami. Biarlah itu menjadi cerita kami sendiri sementara waktu. InsyaALLAH, sampai masa nanti akan diceritakan. As of now, I have to concentrate on cari kerja dlu. Da ada kerja, then we proceed to 'nikah kawen'.. Doakan rezeki sy murah,cepat dapat kerja yang sesuai. Terima kasih. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015