Monday, August 9, 2010

Cant wait

Esok lusa, umat Islam bakal bertemu bulan yang dinanti.. Ramadhan. Alhamdulillah. Tahun ni, aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Azam untuk tahun ni, nak tambahkan amalan. InsyaALLAH. Harap dikurniakan kesihatan yang super duper baik sepanjang Ramadhan kali ni. Amin.

Akhir Ramadhan tahun lepas, hati sayu saja. Memikirkan masih adakah lagi peluang aku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Syukur. Nyawa masih dikandung badan. Hati seronok tak terkata. Cuma bezanya, Ramadhan kali ini aku tidak bersama rakan-rakan sekuliah bersahur dan berbuka berjemaah. Masing-masing dah ada haluan sendiri. Rezeki masing-masing. Syukur.

Hari ini juga, aku dapat 1 panggilan temuduga bersama 1 company semiconductor. Mungkin rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. Harap bukan sampai setakat ini lah. Harap terus berpanjangan sehingga aku berjaya menjadi staff mereka. Amin.


2 comments:

Cik Nurul said...

Salam ramadhan..tahun ni aku balik pagi raya ke 3...

N.M. Noor said...

Salam ramadhan...:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015