Tuesday, August 24, 2010

Celoteh 14 Ramadhan


Hai.. Assalamualaikum..
Sedar tak sedar kita dah pun berada dipenghujung minggu kedua bulan Ramadhan. Pantasnya masa berlalu. Secepat ini. Rasa macam baru saja Ramadhan menjengah. Tapi dah nak masuk minggu ketiga. Indahnya bangun bersahur di awal pagi. Nikmatnya Subuh di awal waktu. Tapi sedikit hairan la dengan segelintir insan yang merasakan sahur itu satu beban. Hmmm. Tak faham. Lagi bangga nak bagitau orang yang dia biasanya tak sahur. Inform to non-Muslim pulak tu. Hmmmm.

Ramadhan kali ini, aku rasa macam gaining weight saja. Diet seimbang baru 4 hari diamalkan. Itu pon masa 4 hari pertama tempoh hari. Hari kelima, bulan pulak mengambang. 7 hari dapat MC. Sekarang baru 4 hari berpuasa kembali. Dan mungkin hari ini baru nak mula balik diet seimbang. No more sweet foods.

Ramadhan kali ni juga, aku rasa sangat ketinggalan. Sangat kerugian. Tidak seperti sewaktu di kampus dulu. Tarawikh tak pernah miss kalau bulan tidak mengambang. Mengaji waktu ada kelapangan (hmmm..dulu banyak sangat waktu lapang). Sayang kali ni tak semeriah dulu. Kalaulah aku mati sebelum bertemu Ramadhan tahun depan, alangkah ruginya. T__T

InsyaAllah sementara masih ada masa ni, aku akan cuba. Hmmm... One more thing, last night I read a wall post posted by a senior of mine kat facebook. One of her friend passed away yesterday. Rasa macam nak tahu siapa. Then I just went through FB arwah. Walaupun aku tak kenal arwah langsung, tapi dari FB arwah, komen-komen yang arwah pernah titipkan, wall post yang pernah arwah coretkan, aku tau arwah seorang yang sangat kuat. Sangat tabah. Sangat disayangi oleh rakan-rakan dan keluarga. Arwah didiagnosis mengidap sejenis cancer. Ada tumor in between his lungs. Masa diagnosed tu he was in Germany. Early of 2010 he was admitted and diagnosed. Dah buat chemo, tapi the tumor tetap increases. Then doctor decided nak operate. Tumor has been removed. From his photo dekat FB, nampak arwah sihat. Tapi rambut dah start gugur kesan chemo tu. Early of August, arwah dibawa balik ke Malaysia and admitted kat HUKM. Masa kt HUKM doctor cakap dah stage 4 pon. Tapi arwah still kuat. Cukup kuat. Aku went through his FB. Ada 1 part tu he did mention teringin nak balik puasa kat Malaysia. Hmmm... Who knows.. Memang arwah balik Malaysia dah hampir Ramadhan. Dan semalam, 23 Ogos 2010 arwah dah meninggalkan dunia yang sementara ini. Al-fatihah buat arwah Faiz Taufik. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Begitulah kisah hidup kita di dunia ini. Semuanya hanya pinjaman. Kita semua pon akan pergi meninggalkan alam dunia ini. Itu PASTI. Cuma masanya sahaja menjadi rahsia ALLAH S.W.T. Bilalah waktu aku akan sampai. Semoga diberi umur yang panjang agar aku dapat bertemu Ramadhan tahun hadapan. Amin. Kematian itu tidak mengenal usia. Siapa sangka arwah Faiz akan meninggalkan dunia sementara ini di usia seawal 25 tahun. Setahun tua dari aku. Itulah kuasa ALLAH. Siapa kita untuk melawan kuasa Maha Pencipta itu. Sama-sama kita ambil iktibar. InsyaALLAH.

~KEMATIAN itu PASTI~
credit: Tuan punya gmbar. (maaf, saya google.)

Andai kata aku diambil kelak, maafkan segala keterlanjuran kata dan perbuatan aku. Halalkan makan dan minum aku. Kita tak tau bila waktu kita akan sampai. Sama-samalah menggandakan amalan untuk dibawa sebagai bekalan bertemu Sang Pencipta. InsyaALLAH.


2 comments:

Anonymous said...

Hmm, kematian itu pasti, tak kira usia dan jantina.. pernah lawat blog ni x?
http://mayyonnizz.blogspot.com/
Semoga kita semua di bawah lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.

N.M. Noor said...

Anon ~ pernah.. Salu baca pasal arwah baby alanna..
InsyaALLAH..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015