Thursday, April 29, 2010

My biological clock changed



Sebelum pergi lebih jauh, mari kita explore apa itu biological clock. Hmmm. Menurut www.answers.com/topic/biological-clock, biological clock means, an internal mechanism in organisms that controls the periodicity of various functions or activities, such as metabolic changes, sleep cycles, or photosynthesis.

Sejak memasuki alam baru ni..(eceh.. Alam baru. Macam hape je. HAHAHA.).. Heh. Alam baru la ni. Dulu hari-hari mengadap ilmu. Sekarang, hari-hari yang dilalui dah tak sama dah. Rasa macam tak percaya pulak boleh mengikut rentak biological clock yang baru neh. Alhamdulillah. Aku boleh cope dengan semua perubahan ni.

Bangun subuh still maintain around 6 to 630 a.m. But then, kalau dulu lepas subuh aku tarik selimut balik lepas tu 45 minit sebelum kelas baru bangun. HAHAHA. Sungguh tidak bagus. Tidak harus dicontohi. Tapi Alhamdulillah. Sekarang dah pandai dah mengawal perasaan untuk tidak sambung tido lepas subuh. Mudah-mudahan murah rezeki. Ameen. Sekarang dah pandai dah bersusah payah fikir nak buat breakfast apa untuk hari-hari yang bakal dilalui. Seronoklah hidup baru ini. Terasa macam bertambah dewasa.

Siang hari memang mostly habis dalam aircond. Haih. Tidak sihat. Habes kering bibir. Kering kulit. Semualah. Dah la jenis tak suka berlosyen-losyen neh. Habes. Lepas tu macam biasalah. Siang hari yang sibuk dengan pelbagai tugasan serta kerenah manusia bermula seawal 745 a.m. dan berakhir selewat jam 7 p.m. HUHUHU. Sapa kata aku tak enjoy. Aku enjoy ok buat benda-benda ni. Aku suka. At least pengalaman bertambah. Dapat kenal macam-macam jenis orang dalam dunia ni. Ye la, masa di kampus dulu kita berdepan dengan orang-orang yang educational background yang boleh dikatakan at least sama dengan kita or higher kan? And now, kena berdepan lah dengan jenis lain pulak. Macam-macam. Genap 2 minggu ni, dah jumpa dah satu yang pelik dan jelik. Hmmm. Kita abaikan. Hidup seharusnya sentiasa happy dan enjoy. Yeay!! Memang tak dapat dinafikan, adalah juga stress nya. Tapi masih lagi boleh dikawal la. Alhamdulillah. Berkat bantuan dariNYA.

Petang dan malam aku kini dah tak macam dulu. Masa bergelar student, balik saja kelas jam 5 atau 6 petang dah boleh mandi dan baring-baring. Tak pun, before balik room beli food then boleh dah rehat. Now dah berubah. Dekat maghrib baru boleh berada kat room. Tu pon belum boleh rehat lagi. Kalau lapar, kenalah masak. Hmmm. Nasib baik suka masak. Dulu jam 5 petang tu dah boleh dah rehat-rehat. Tapi tak apalah. Memang itulah biological clock orang dewasa. Aku enjoy. =) At least sekarang dah rasa macam dewasa eventhough saiz tetap macam ini jugak. Tak tinggi-tinggi.

Apa yang paling best, waktu tido tetap maintain macam dulu. Around 1130 to 12 dah pengsan. Tetap sama macam menjadi student suatu ketika dulu. HEHEHE. Cuma sekarang rasa macam mendapat tido yang lebih berkualiti. Tidak lebih. Tidak kurang. Standard waktu tido orang dewasa. See. I am matured now. HAHAHA.

My biological clock has changed. EHEHEHE. And I managed to handle it and cope with it. Alhamdulillah. Sekarang memang takda masa dah nak fikir benda luar alam. Pasal kawen? Huh, jangan cakap la. Memang tak sempat. Siang duk fikir hal lain. Malam pon kadang terbawak-bawak fikir hal siang hari. Nak fikir hal sendiri pon macam tak cukup masa dah. Apply keje? Hmmm. Yang online, aku buatlah sambil buat keje. Yang manual, memang tak bergerak. Nak hapdet belog ni pon macam berkira-kira je. Tengok la in April bape banyak entries je yang aku managed to publish. Seriously macam tak sempat. Tapi tak apalah. Yang penting, GEMBIRA. Ok. Time to stop. Daa.

2 comments:

cikmune said...

wow. ira matured :D all the best dear ! masak2 tu yang tak tahan. hehe (sbb kte tak minat =x). but definitely one day tetap kne tatap dapur... hehe

N.M. Noor said...

CIK MUNE ~ itu lah pasal..huhu..matured you..:D

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015