Thursday, April 15, 2010

hari pertama

Hai. Assalamualaikum. Hari pertama. Hmmm. Betul. Agak janggal. Macam mula-mula EIT dulu. Tapi much more fun compared to EIT dulu yang macam hampeh dihari pertama. Masa berEIT suatu ketika dulu,hari pertama adalah hari menguap sedunia,hari bergosip sedunia,hari boring sedunia,hari sangka buruk dekat orang sedunia, dan hari macam-macam-sedunia lagi lah. Tapi, hari ini tidak. Sungguh berlainan. Memandangkan berseorangan di sana. Aku pandai pula membawa diri. Pandai pula membuat kawan. Dan sudahpun mendapat rakan baru yang boleh dikatakan jauh lebih muda dari aku. Tapi tak apa. Aku suka bila orang panggil aku 'akak'. Aku suka. Bukan tipu. Memang aku suka.

Seronok. Fun. Itu yang boleh aku ungkapkan untuk hari pertama. Sudah ada teman berbual, bergelak ketawa dan juga jalan-jalan makan angin. Seronok ok. Seronok. As mentioned before. Jauh lebih seronok jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang dikutip ketika hari pertama EIT. Alhamdulillah.

Esok bakal menuju ke Nilai. InsyaALLAH. Mungkin Isnin juga. Belum pasti lagi. Tapi ok la. Bukan drive pon. Haha. Semua ditanggung beres. Seronok hari ini masih berbaki sampai ke sekarang. Sampai ke malam. Tapi mata sudah mengantok. Perut sudah kenyang. Jom kita tido. Esok kena bangun awal. Nyte.

Nanti kita cerita lagi ye. Semoga anda semua diberkati ALLAH, dilimpahi kurniaNYA, diberi kemudahan dalam segala hal. Buat aku juga. Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA. Ameen.

Semoga esok adalah lebih baik dari hari ini. Go NORAINI Go..:)

Walaupun ini hanya sementara, akanku kumpul semaksimum pengalaman yang boleh. InsyaALLAH ^_^

2 comments:

cikmune said...

wow! sudah mula bekerja ya? all the best :)

N.M. Noor said...

CIK MUNE ~ mula bekerja sambilan saja cik mune.buat keje2 admin.:) tq

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015