Wednesday, October 15, 2014

Literature Review Cara Aku

Assalamualaikum...

Amboi. Gigih update sehari dua ni kan..
Tak apalah. It's better than never.. Kan?
Ini dek kerana aura konvo la ni.

Bukankah bagus kalau konvo itu dijadikan rutin setiap kali habis sesi pengajian.
Makna kata, kalau 3 tahun pengajian, maka tiga kali lah konvo.
Bahahahaha.. Memang tak masuk akal.
Kalau buat gitu, memang tak ada debaran la. Tak ada la aura konvo tu. Ye ke tidak?

Dulu, selesai je writing thesis, baru realize.. Kalau aku betul fokus buat kerja, within a year pun boleh habis. Seriously. Kalau gigih writing thesis tu sudah ada dari awal, memang kita semua boleh. InsyaAllah.

Silap aku dulu, dari awal dah ada sebenarnya. Cuma aku tak dapat figure it out masa tu.

Gigih kumpul references dari awal.
Baca dan baca, simpan mana yang related. Delete mana yang tak perlu.
Print. Print. Print. Dan print.
Nah, menimbun references aje.
Nak hadamnya belum tentu la bila.

Bila baca, take note, of course.
Lepas tu boleh lupa nak letak source.
Lepas tu biar je.
Sebab masa tu belum nampak mana pentingnya, mana perlunya.

Bila smpai part result analyzing, tengok results kita, rasa macam boleh compare dengan results orang.
Rasa macam pernah jumpa facts yang aku nak raisekan dalam part tu.
Belek punya belek. Belek dan belek lagi.
Klik folder tu, klik folder ni.
And finally, unfortunately, tak jumpa.
Arrrrgggghhhh. Stress mak!
Hati dan otak cakap, aku pernah jumpa pasal ni. Aku pernah baca orang ulas hal ni.
Tapi tangan dan mata tak mampu nak cari dah.
Sudahnya, isi penting... Malah terpenting, hilang macam tu je.
Mak sedih nyah. Mak sedih.

Itu lah situasi aku masa MSc dulu.
Oh lupa nak cakap.
Aku kenal Mendeley pun, dah towards the end.
Silap aku sebab malas nak explore.
So, reminder untuk diri sendiri, no more malas-malas.
Nak, seribu daya. Tak nak, memang asyik berdalih. Haha.

Few daya before aku register di UTM tempoh hari, aku ada attend 1 course. Research methodology course. Benda ni compulsory untuk semua Academic Trainee macam kami.
Aku ada share pasal RMC ni dalam post sebelum-sebelum ni.

Benda yang paling aku suka and appreciate sangat from course ni adalah, teknik buat literature review.
Bila dengar sharing the speaker, baru lah aku macam... Oh, selama ni teknik aku memang salah.
Dah la salah, tak organize pula tu.
Malah, kucar kacir sangat.
Confession yang amat memalukan dan mengaibkan. Seriously.

Alhamdulillah, tersedar sebelum kesilapan tu aku tak nak ulang lagi.
Perjalanan baru ni kalau aku duk ulang benda sama, ke laut la jawabnya.

Ok, jom nak share.
#1 Of course, kena cari dulu la references yang related dengan research korang. Kemudian save. Save la dengan apa nama sekalipun. Kalau sempat 'scan' and identify main idea, lagi bagus. So that boleh la label sikit biar senang nak cross check nanti.
*** Aku guna Mendeley untuk simpan semua references aku. Dan of course la dalam laptop, pendrive mahupun hard disk, google drive jugak. Tak nak aku pisang berbuah dua kali. Serik woooo.
#2 Masukkan dalam satu folder.


#3 Kelaskan pulak references korang based on jenis dia. Contoh; journal, thesis, brochure, slides, etc.


 
#4 Setiap references tu, rename kan dengan 1 kod nama yang ringkas. Contoh, macam aku, research aku pasal MAGNETIC BIOCHAR FOR HEAVY METAL REMOVAL. So, references yang aku guna banyak relate dengan activated carbon, biochar, adsorbent, etc. So, aku rename setiap references aku tu dengan pangkal [AC] untuk papers yang related dengan activated carbon, [BC] untuk papers yang related dengan biochar, [MB] untuk magnetic biochar, and so on.
*** it depends on your research area. Kod tu pulak, make sure ringkas-ringkas sudah la. Biar orang lain tak paham, tak apa. Asalkan korang, tuan punya badan, tahu apa maksud disebalik kod tu. Ok?

#5 Bila dah baca and hadam setiap references tu, rename kan lagi. Macam aku, aku just buat numbering system je kat situ. So, aku akan aware mana yang belum ada numbering tu, maknanya belum baca. Mana yang belum ada short code tu, belum discan. Dari situ jugak, kita boleh nampak la progress. Banyak mana papers yang kita dah ada. Dan yang penting, yang kita DAH BACA dan HADAM/FAHAM.





#6 Create table untuk summarizekan apa yang kita baca. Dan make sure, letak short code kita tu sekali. Senang nak cross check nanti.



*** Kod tu jugak nanti aku pakai dalam summary untuk review paper yang aku dah baca. 



 Ok. Tu je.
Mungkin nampak macam leceh nak kena rename sana-sini.
Tapi pada aku, sangat berguna di masa depan.
Tak pening nak cross check references.

Ada lagi 1 method yang aku apply which is cut and paste.
Aku cuba masa dah hujung-hujung master.
Tu pun lepas dah hilang references berharga yang aku cite tadi.
Yang tu fun. Boleh buat hardcopy or softcopy.
Aku prefer softcopy la sebab malas nak print lepas tu gunting-gunting kertas.
Hihihi.

Ada kelapangan nanti aku share.
Yang ini pun makan masa almost sebulan nak siap.
Phewwww.. Lega sikit lepas dah setel.

Semoga bermanfaat kepada semua.

:)

InsyaAllah

Kalau ada cara yang lebih organized dan simple, mind to share ye semua.
Thank you. 
Moh kite sambung menela'ah sampai bosan.
:P

1 comment:

Unknown said...

Salam..macam mana nak cari journal2 yg berkait dgn "can crusher" ye?

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015