Tuesday, September 9, 2014

Sekolah Dah Bermula

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, last Sunday, dah selamat register kat UTM.

Hati ada sikit dup dap dup dap masa masuk hall untuk registration.

Dan ada sedikit bangga, sebab most of them adalah sedikit berusia (at least berusia dari aku).
Dan.. juga kagum teramat dengan adik-adik yang jauh lebih muda dari aku register for masters.
Bagus lah dik. Jangan jadi macam akak ni. Konon nak jadi engineer sangat.
Bazir je setahun. Kalau tidak, terus sambung. Baiklah, barang yang lepas usah dikenang.
Let's move on!

Semalam, Isnin, ada briefing di UTM.
Bergegas lah anta anak-anak ke school dan bersesak di Jalan Semarak.
Pheww.. masuk hall jam 930 walhal briefing start 900.
Tapi tak apa.. Hati cakap, better late than never. Kikiki.

Lepas briefing, hati dah mula berkobar nak mula kerja.
Tapi, memikirkan kunci bilik tak dapat lagi, rasa sikit down di situ.
Tak apa, kita tunggu dapat kunci, lepas tu kita kasi pecut.

As for now, aku sambung buat literature review dengan lab lama.
Nasib baik bos baik hati bagi tumpang lab dia.

Dan.. sebenarnya kan..
Bila dah start PhD ni baru la aku mengerti apa itu RESEARCH.
Baru lah dapat feel untuk buat literature review yang agak sistematik sikit (at least).

Masters dulu, aku rasa aku sangat depending dengan SV.
Bagai pahat dan penukul. Begitulah aku dan SV.
Nasib SV maha baik Ya Allah sumpah sangat baik, (semoga Allah kurniakan segala rahmat kebaikan buat SV ku Dr.Raihan, Amiin).

Kali ni memang tahap petala lapan la dia punya berdiri dengan kaki sendiri.
Start dari cari field of interest, tajuk, reference, semua lah.
Dan baru ku terasa bahawa betapa tinggi nya tahap kebergantungan aku dulu pada SV.
Malu pulak dengan diri sendiri.

So now, kena fokus literature review.
Hah, review lah aku sampai tepu.
Bagi masa kat diri sendiri at most, 3 months.
KENA pegang fundamental.
KENA master basic process.
Kalau boleh, KENA provide a review paper. InsyaAllah.


No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015