Wednesday, October 10, 2012

What a great day today! Alhamdulillah

Assalamualaikum.
Hoh.
Lamanya tak menulis blog. Mood tidak ke laut. Cuma timing tu yang agak ke laut sikit.
Busy dengan labworks yang melambak-lambak and delayed. Sume pun dah jadi macam cumulative labworks, jadinya yang tak sepatutnya melambak-lambak, jadilah melambak-lambak.

At the same time, busy menguruskan keluarga jugak. Ini alasan basi, bajet kau sorang ada anak kecik. Heh. -_-"

Perkembangan Alya Amani?
Whoahh. Sah-sah makin berkembang mekar. Later saya share tau. Dah nak 7 bulan la si comel tu. Makin besar, makin cheeky and now saya rasa dia tengah mengalami separation anxiety. Apa itu separation anxiety? Hah, later jugak saya akan cerita. Nak cepat, tak nak tunggu saya review secara ringkas dan ikot kepahaman dan keselesaan bahasa saya, feel free to google. No harms. n_n

Ok. Cerita pasal great day now!

Hari ini, dalam hati ada taman.
Masa pagi, tak berapa nak ada taman. Sedikit mendung beserta guruh ada la.
Sebab apa?
Sebab experiment saya, duk ulang banyak-banyak kali, tapi tak dapat apa yang saya nak.
Siap kecewa bagai dah. Lepas tu hadap 'mukabuku' sampai lupa diri.

Bila petang menjelma, tiba-tiba terasa nak cuba lagi.
Prepare apa yang patut, setting mana yang perlu, then, tekan start button dengan lafaz bismillah, sambil meletakkan harapan yang tak berapa nak tinggi pun sebenarnya sebab pagi, dia semacam tak mahu cooperate dengan komitmen yang saya dah bagi. Huh. Ku keciwa.

Tiba-tiba, semacam magik, TING!
Keluar seperti apa yang saya harapkan sejak pagi.
Homaiiiiiiiiiiiiguuuudddd. Apekahhh??
Tengok jam, dah 4 petang.
Kenapa harus jam 4 petang engkau nak bagi cooperation dengan haku hah?? Oh. Semangat berkobar-kobar. Dalam hati mula ada taman. Wahhh gituu..

Sementara tunggu solat Asar, saya ulang-ulang lagi.
Sebab kononnya macam tak percaya la kan. Haha. Boleh??
Sambil-sambil tu, sembang la dengan sorang kawan saya ni.
And.. saya dapat 1 great news. She's now pregnant. Alhamdulillah.
Dah lama dia ttc. Semoga semuanya selamat untuk beliau dan baby nanti. Ameen.
Tahniah to you-know-who-you-are and hubby!

Ok. Hati dah memang ada taman lepas experiment menjadi, ditambah lagi dengan great news tersebut, taman yang asalnya bersaiz Taman Tasik Titiwangsa, kini menjadi saiz Taman Tasik Perdana + Taman Tasik Putrajaya. Haaaaa.. Besarrrrr uolsss..

I happy lahh.. Seronokss and susu I jadi banyak. Alhamdulillah.
Kalau hari-hari macam ini, kan bagus. Tapi tak mungkin la kan..
Hidup ini ada ups and downs. Serupa juga dunia research saya sekarang.

Journals and books are my current passion.
Can you imagine macamana nak urus anak yang asek je nak berkepit ngan kita sekaligus nak uruskan ilmu-ilmu yang nak diulangkaji? Nampak macam sukar dan memang sukar, indeed. Heh. Kusangka bila da resign dari post Engineer, hidup adalah lebih tenang. Rupanya serupa jugak dua kali lima. Atau, inikah yang dipanggil hidup orang dewasa? Huh. Mungkin jugakkan? Plus bila dah jadi ibu ni. Priority lebih banyak kepada anak, dan suami. Diri sendiri? Nombor paling last. Haaa. Baru perasan, dah lama i tak soping online. Ok. OOT. Tak de kaitan langsung.

Ok. Dah. Itu je.
Sungguh great la hari ni.
Syukur Alhamdulillah di atas segala nikmatMu ya Allah..

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015