Monday, July 16, 2012

Alya Amani First Flu

Assalamualaikum.
Lama tak menulis. Busy sikit. Anakanda kesayangan request more attention sekarang. Mulut dah rancak bersembang (in her own words). Ibu pun excited melayan.

End of June, tiba-tiba Alya Amani kena flu. 1st time ever. And saya suspect, jangkitan dari Ayah. Huhu. A week before Alya Amani flu, ayah yang flu.

Kesian sangat-sangat tengok hingus meleleh. Nasiblah dia tak meragam.
Saya teruskan breastfeed dia sekerap yang boleh. Dengan harapan, dapat zat-zat dari susu ibu tu.
Saya sendiri pulun makan makanan yang tinggi Vitamin C. Alhamdulillah, dalam 2 hari je dah ok.

Saya amalkan juga letak kunyit hidup yang dilenyek kat dahi and hidung dia. Hahaha. Memang kelakar muka anak ibu bila ada 1 line warna kuning dari hidung ke dahi.. :)

Seriously baru faham perasaan ibu-ibu bila anak mereka sakit.
Even flu je pun, saya dah tak senang duduk. Rasa macam nak pindahkan je flu tu kat saya.

Ekoran dari itu, somewhere in last week, tiba-tiba badan dia macam naik rashes.
Rashes naik bila dia minum susu formula. Hmmm. Adakah itu petanda nak suruh ibu lebih gigih pumping?
Asalnya dia minum Lactogen, lepas tu kami tukar ke S26. Tapi, still ada jugak rashes.
Saya da pelik. Kalau nak kata Alya Amani ada lactose intolerant, takkan sekarang baru keluar. Memang betul dia minum FM 1,2 times je dalam sehari. Itu pun kalau stok EBM kat nursery dah habis. Tapi, saya memang musykil.

Bawak pergi klinik. Doc cakap, bukan totally lactose intolerant. Ni akibat dari flu tu lah.
Doc kata, bf baby ni biasanya immune dia kuat sikit. Even dia dah minum FM jugak, tapi still BM lagi banyak yang dia minum. So, ekoran dari flu tu, antibodi dia da prepare untuk melawan segala invaders yang datang menyerang la..

So, tiba-tiba, bila minum FM, antibody dia detect ada protein from source luar which is cow. Itu yang keluarnya rashes bagai tu. Badan detect benda tu as invaders la sebab dia lebih banyak minum BM compared to FM. Hmmm. Tak tau la korang faham ke tak explanation saya ni. Hahaha.

Apa pun, Ibu doakan anak Ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, minda yang cerdas sepanjang hidup. Ameen. :)

3 comments:

Wawa said...

aini, koko sauda tu membantu tak??
errmmm...masuk ari ni rase air tu cam best plak...heeee...:)

~cahaya~ said...

@Wawa baru sempat minum 2 sachets wa..huhu..xleh nk wat conclusion lg.. :)

ashra said...

Owhh..faham2..tq sharing.

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015