Saya ada 1 benda nak share..
Pasal Milk Blister.
Milk Blister. Familiar tak? Saya pun baru je familiar with this term. Huhu. Before ni tak tau pun.
Tapi saya kerap mengalaminya.
Seperti sudah sedia maklum, susu saya tidaklah semeriah ibu-ibu lain, tapi Alhamdulillah, cukup untuk bagi Alya Amani kenyang. Syukur.
Saya jarang mengalami Breast Engorgement. Unless, waktu malam Alya Amani hanya menyusu sebelah B sahaja and saya tak bangun pam untuk the other B. Kalau malam saya kerap gilir-gilir nyusukan Alya Amani or saya bangun pam the other side yang Alya Amani tak minum, InsyaALLAH, tak de engorgement.
CUMA, saya seringkali mengalami Milk Blister.
Menurut KellyMom.com,
A milk blister, or blocked nipple pore, is also called a bleb or nipple blister, or simply “milk under the skin.” It occurs when a tiny bit of skin overgrows a milk duct opening and milk backs up behind it. A milk blister usually shows up as a painful white, clear or yellow dot on the nipple or areola, and the pain tends to be focused at that spot and just behind it. - (KellyMom, 2011)Breastfeeding-problems.com pulak, define Milk Blister macam ni,
A blocked nipple pore “milk blister” also called a milk bleb, breastfeeding blister or nipple blister is actually a very common breastfeeding problem.It may appear on the nipple and/or the areola as just a white, clear or yellow dot, but might sometimes stand out as a large blister. Most of the time it is quite painful on the tip of the nipple, but some moms feel the pain further behind inside the breast. - (breastfeeding-problems.com, 2012)Ok, sekarang dah faham apa itu Milk Blister?
Saya mengalaminya since dalam pantang tempoh hari. Itu pun sebab umi saya yang cakap. Tapi dia tak la cakap Milk Blister. Dia cakap saluran susu tersumbat. Dia yang suruh saya check on the nipple kot ada some sort of white dot ke tak.. And bila check, memang ada la. Picit-picit, susu tak keluar. Bahagian areola yang berdekatan dengan white dot tu macam sakit and hard. Sah, susu kat situ je yang bengkak sebab kat situ je tak keluar.
Umi ajar suruh puncture guna jarum. And Alhamdulillah, lepas tu, lega. Susu keluar macam sediakala.. ^_^
Semalam, baru perasan yang Alya Amani banyak menyusu belah kiri. Belah kanan, kurang sikit. Bila petang, dia tidur, saya nak pam, mula perasan ada 1 tempat yang susu selalu keluar laju, tak keluar susu. Belek-belek, cari-cari, sah ada white dot tu lagi.
Gigih saya cari jarum. Mak aihhh. Kali ni mencabar betul. Biasanya kalau pakai Harmony, memang white dot tu tak timbul tapi kalau pakai Avent Manual, timbul la and senang untuk dicungkil keluar.
Semalam, memang tak jalan.
Alya Amani bangun, mintak bantuan dia. Kecik tu sampai marah-marah sebab aliran susu jadi slow.
Dah tak nak tolong ibu dah. Terpaksa la jugak bagi yang belah lagi 1.
Dari petang, membawa ke malam, saya masih gigih nak cuba cungkil white dot tu. Still tak dapat.
Ya Allah, memang mencabar ni.
Dah la susu belah kanan normally banyak sikit compared to belah kiri. Risau dah saya kot-kot stok nak simpan tak cukup. Masa mandi pagi tadi, saya perasan, white dot tu tersangat la clear. Tak sabar nak keluar bilik air, nak cungkil. Sekali bila dah ready nak cungkil, invisible lah pulak. Oh My... Memang frust la...
Lepas tu googling pasal Milk Blister ni..
And saya nak share sikit cara-cara nak treat benda ni,
Boleh baca sendiri kot kat KellyMom. Hihi.. Malas nak further explain.
Atau boleh jugak baca kat breastfeeding-problems.com.
And yang paling detail, ada kat sini.
So, sekarang dah tau apa itu Milk Blister?
Ok. Sekarang saya nak cuba get rid of this Milk Blister. Nak cuba cungkil lagi.
Wish me luck!!
^_^
2 comments:
first time gak dgr pasal milk blister..biasa dgr milk boaster je..hee..all the best dear..semoga Allah permudahkan..
@Shakina Farhan heee..sharing is caring.. :) Alhamdulillah, da dpt cungkil.. Yeay!!!
Post a Comment