Monday, June 4, 2012

Baby Ibu Dah Besar

Oh Anak.
Sekejap je Ibu rasa awak membesar.
Rasa baru sangat Ibu buat surprise kat Ayah dengan kehadiran nyawa awak dalam rahim Ibu.
Rasa baru sangat duk rasa awak tendang-tendang dalam perut Ibu ni.
Masa dalam perut, terasa lamanya la Ibu dapat jumpa awak secara live.
Now awak dah depan mata, terasa cepat pulak awak membesar.

Tahu tak..?
Makin hari awak makin cerdik.
Makin hari awak makin comel.
Ibu doakan awak menjadi anak yang cerdik dan pintar bila besar nanti. Juga menjadi orang yang memelihara agamanya dan maruahnya.
Ibu doakan awak menjadi anak yang cantik, tahu menghargai anugerah Allah. Ye sayang?
Hari-hari Ibu tengok awak, Ibu tak pernah jemu.
Setiap pagi awak bangun, awak mesti senyum dulu. Walaupun lepas tu awak menangis.
Sekarang, awak dah pandai macam-macam. Walaupun belum pandai berkata-kata, tapi awak pandai ambik hati Ibu.

Ibu rasa macam Ibu adalah segalanya bagi awak.
Bila awak menangis, tak ada orang boleh comfortkan awak selain Ibu.

Oh Alya Amani,
Awaklah permata hati Ibu selamanya.
Dan adik-adik awak nanti juga bakal menjadi permata hati Ibu.
Semoga awak dan adik-adik awak nanti dapat jadi saham dan aset Ibu dan Ayah di akhirat kelak.

Selamat membesar dengan sihat dan bijak, wahai anak Ibu, Nur Alya Amani.

** I have to admit that I am obsess with my own daughter. I bet all the mommies out there fell the same. Rite? ^_^

2 comments:

Mummy GreenyHouse said...

absolutely, that's the truth! :)

~cahaya~ said...

@Mummy GreenyHouse Heee.. Anak adalah segalanya kan? Hilang penat bila tgk telatah mereka.. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015