Thursday, April 5, 2012

Adapting New Role

Assalamualaikum.
Hai all.
Lama rasanya tak menulis. Busy dengan life baru, role baru. Phew, parenting is challenging yet so fun!

Hari ini, Amani kami dah pun 22 hari umurnya. Semakin hari, semakin berat, semakin bam-bam, semakin clever, semakin banyak ragam. Oh Amani. Ibu sayang kamu. Hari saya lahirkan Amani, dia kecik je. And now, she's getting bigger and clever. Cepatnya masa berlalu. Dah 22 hari. 18 hari lagi habes lah perintah berkurung saya. Hihihi. And, once Amani's here with us, life kami berubah sekelip mata like magic. Lucky I have a husband like him. Sangat supportive in every single thing I do. Membesarkan a newborn adalah sangat mencabar. Kena ada skill nak entertain dia. Salah cara, haaaa.. Bersedialah nak dengar dia menjerit dengan pitching yang tinggi. Buat masa ni, saya tak perlukan benda-benda lain dah kecuali KESABARAN, KETAHANAN, KEKUATAN, KEREDHAAN, dan KEUPAYAAN yang sangatlah tinggi untuk membesarkan anak ini. Seriously, raising up anak-anak bukan mudah. Patutlah Allah kata syurga bawah tapak kaki ibu. Memang PATUT. Saya jadi sangat takut dan berdebar-debar whenever tinggal berdua dengan Amani. Takut dia menangis dan saya tak tahu nak settlekan dia. Takut apa-apa jadi and saya tak tau nak act macamana. Huh. Saya kan Paranoid. Suka fikir bukan-bukan. Masa berpantang di rumah kami tempoh hari, husband memang tak tinggalkan saya berdua dengan Amani. Dia akan keluar beli barang ke apa bila my auntie or uncle ada datang tengokkan saya. Love u, husband! Hihihi

Masa deliver tu, the first thing yang saya tanya nurse was "baby boy ke girl, nurse?" Even before tu da ada sonographer bagitau yang we're expecting a girl. Kenapa saya tanya? Sebab banyak kali scan dengan orang yang berbeza, berbeza jugaklah gender yang dorang cakap. So, sebenarnya kami masih tak tahu mana yang betul until baby keluar. Amani did look like a boy and even my friends yang datang visit, yang belum tahu gender dia teka she was a boy. Kesian Amani ibu. Plus saya and husband memang banyak beli barang kaler biru. Bukan kami nak menidakkan ketentuan Allah. Tapi, sejak azali lagi saya adalah anti-pink. Dah cakap ngan husband, even if anak kita nanti a girl, saya tetap insist nak beli barang-barang warna biru and he agreed! Hehehe. Kali pertama saya tengok Amani, ada 1 benda yang paling saya kagum. Apa? She got a plumpy red lips. Subhanallah. Tapi dalam OT, saya still lemah tak dapat nak hug dia. Dapat tengok pun jadilah.

Amani adalah cucu sulung. For both me and husband families. And, cicit sulung jugak for both. Masa mula-mula Amani keluar, ramai cakap muka Amani ikut muka ibu. Tapi saya tak perasan sangat. Lagipun, newborn, banyak lagi masa untuk rupa dia berubah-ubah. And now, saya rasa Amani dah more macam ayah dah. Lucky Amani got rambut macam ayah. If ikut rambut saya, kesian dia. Saya rambut nipis. Hihihi.

Sehingga hari ke 22 ni, Amani lil bit cranky kadang-kadang. Tapi tak teruk. I still can bear with it la dengan bantuan ummi tersayang. Hehehe.

Isu saya kurus adalah menjadi topik utama bilamana husband pulang ke kampung tempoh hari. Adakah terlalu kurus? And he said YES. And saya sangatlah suka. Hihihi. Faktor utama, mungkin less sleep, less rest. Makan, tak menjadi isu sebab saya kuat makan. Breastfeed membuatkan saya terus-terusan lapar.

Before having Amani, tidur adalah isu utama saya setiap hari. Kurang tidur, pasti mood ting-tong sikit. Kepala pun ting-tong jugak. Kurang rehat pun sama. Saya jadi kurang bermood dan lebih bermoody. But, having Amani, semua tu tak jadi masalah dah. Tidur saya setakat ni, paling banyak pun 4 jam setiap malam and bangun pagi saya rasa macam biasa. Subhanallah. Kuasa Dia kan? Kekuatan seorang ibu. Rest? Huh, memang restless lah. Siang hari saya berdua dengan Amani waktu ummi ke pejabat. Pagi, ummi akan mandikan dia. Masa tulah saya pun berkejar-kejar untuk mandi sama. Kalau tidak, petanglah jawabnya. Lepas tu, feed dia. Then, baru dia tidur. Masa dia tidur tu lah saya akan berlari-lari anak buat semua benda. Sediakan makanan untuk diri sendiri, basuh baju-baju Amani. Kalau dia tidur lama sikit, bolehlah saya rest kejap sambil layan Nora Elena. Kalau tidak, feed dia lagi sampai dia tidur balik.

sempat snap gambar berdua sebelum Amani keluar. Masa ni tengah menahan sakit contractions. Encik Husband cuba buat saya lupakan sakit. Huuuuu. Tahniah sayang! 
Tapi tak berjaya. Sakit itu mengatasi segalanya..


And..now Amani dah bangun.
Saya kena stop dulu.

M2B, take care!
New moms, gud luck with your parenthood journey!

4 comments:

Cik Nurul Pinky said...

rindunya kat amani ni heeheheheh

♥ Ammara Bay ♥ said...

adehhh risaulah pulak kalau dah beranak nanti xboleh nak handle anak..cemana ni? hehehehe

N.M. Noor said...

@Cik Nurul Pinky hihi.amani byk ragam dah sekarang..

N.M. Noor said...

@♥ Yuslin Kamal ♥ Yus, jgn takot.. insyaALLAH dah sampai masa nanti, akan datang kekuatan itu..hehe

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015