Friday, November 4, 2011

Mas Kahwin Dalam Bentuk Cek

Assalamualaikum.
Hai. Lama tak jumpa. :)

Gaya tajuk entri saya macam saya baru nak nikah, kan?
Macam saya tengah planning nak suruh suami buat mas kahwin saya secara cek atau tunai. Huhu.
Tak, sebenarnya tertarik dengan 1 isu yang dijawab oleh UAI (Ustaz Azhar Idrus) dalam laman sosial facebook.



Interesting sangat.
Mungkin yang bertanya tu realize, sekarang mas kahwin dah mula mencacah belas-belas ribu. And ada jugak mungkin yang dah mencecah puluhan ribu ringgit. Kan?

Isu ini pernah ditanya oleh encik suami sebelum kami nikah dulu.
Suami pernah bertanyakan saya beberapa hari sebelum kami dinikahkan dulu.
Dia tanya saya mahukan cek atau tunai. Secara jujurnya, saya tak kisah pun.
Betul la kata dia, kalau tunai nak dibawa travel 7-8 jam, risau la jugak.
Kalau cek, mungkin tak rasa ralat sangat. Ye tak?

Saya tanya pendapat Ummi.
Ummi refer pada ustaz yang akan nikahkan kami tu.
Then conclusion dia, better tunai je sebab if pakai cek, masa akad, encik suami tak boleh sebut
"Aku terima nikahnya, Noraini ... dengan mas kahwin RM(jumlah) tunai"
Akad harus dilafazkan sebagai 'hutang'.
Saya tak nak lah lafaz kami nanti ada word 'hutang'.
Macam tak best lah pulak kan?

So, saya decided untuk pakai tunai aje.
Lagipun bukan banyak mana.
Caranya encik suami bank-in tunai tu ke akaun saya.
2 hari sebelum akad, saya cash kan jumlah tersebut dan susunkan dalam album sebagai mas kahwin. :)

Kan senang tu.
So, to the B2B out there, discuss ye dengan bakal suami masing-masing.
Jangan tersalah pulak.
Akad harus diulang tau if husband bagi cek, tapi akad dilafaz sebagai tunai.

P.S - Saya fan UAI. :) Peace. Almost everyday layan ceramah dia. Best.

4 comments:

iRa said...

Salam ira noraini,

ira dulu hubby suh CIMB kuarkan cek mengikut mas kawin yg dia bg tu. then ira terus masukkan cek tu ke akaun ira beberapa hari before kawin.
kira nye duit tu dah ada dlm akaun ira sebelum akad nikah.kira masa akad tu xpe la sebut tunai kan?? sebab dah byr dah mas kawin. mak ayah saksi.
tp masa akad nikah tu, bwk replika cek tu je kt atas hantaran.. sbb dah scan cek tu and print laser. macam cek betul je. tp kt kertas A4. pastu masuk dlm frame.
xde sape yg tahu kecuali mak ayah kami. :)
mmg risau nk simpan duit byk2 kt umah or nk bwk masa perjalanan tu kan.

AiniNoraini said...

A'ah. Kalau ikutkan dah tunai.
Boleh la kot kan?
Macam yang kena sebut hutang tu sbb cek tu kan tak di cashkan lagi. So memang secara logiknya still hutang.. Betul tak?

Nanti nk try tanya UAI kat FB dia.
Pastu kite share kat sini. :)

iRa said...

ALhamdulillah la kalau dah ok. x perlu nk akad lg..
sbb sblm akad dulu pun ada gak tanya beberapa org ustaz.
mmg cek x boleh.sbb still belum jelas mas kawin tu..
tp nk kuarkan duit byk2 risau.. maklumla time kenduri ramai org kan..
tu yang terpikir solusi tu..

AiniNoraini said...

Btul tu ira khairani.. :)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015