Wednesday, October 5, 2011

All of Sudden

Assalamualaikum.
Heee. Lama tak jumpa kan?
Tiba-tiba rasa nak share something.

Pagi tadi, emmm... tak pagi sangat sebenarnya. Around 11 a.m. to 12 p.m. tadi rasa kenyang sebab dah sarapan.
Breakfast : Nasi Lemak Kerang yang sungguh sedap dibeli di pekan Rawang dekat dengan bus stop lama yang dulunya pernah menjadi tempat saya menunggu bas untuk ke office. Heeee.. ^___^ Makcik nasik lemak tu cakap lama tak nampak saya. Memanglah. Dah tak naik bas.

Encik Husband SMS tanya lunch nak makan apa.
Saya kata tak makan lagi kot since kenyang sangat lagi.

Tapi kannn..

Tiba-tiba bau orang rumah sebelah goreng ikan.
Dan tiba-tiba jugak.... Danggggggg..... Teringat ikan singgang ummi di kampung.
Tak boleh jadi ni. Nak kena makan jugak.
Siap-siap sarung jubah, turun beli ikan.
Naik siap-siap semua, nak mula la konon.
Sekali...... lupa daaaaa.. mana tau nak buat ikan singgang.. Huhuhu.
Ye.. saya memang teruk. Ikan singgang yang simple itu pun tak tahu nak buat. Eh. Jangan pandang rendah ok. Masak lemak cili padi saya terror. Tak caya? Tanya encik husband. ^_^

Ok. Sekarang fikir macamana nak buat ikan singgang.
Takkan nak google jugak kan? Malas nak online.
Call ummi, tak da jawapan.
Jam dah pukul 1.30 p.m.
Perut dah bunyi-bunyi, air liur dah kecur dah teringat ikan singgang.

Pegi dapur dulu, buat je ikut gerak hati.
Buh ikan dalam periuk, garam sikit, asam keping, lengkuas.. Ok. Itu je yang saya ingat.
Nyalakan dapur. Letak periuk.
Then nasib baik ummi return call saya.
Heee. Dah tau dah apa yang kurang.
Kena tambah bawang merah yang dimayang sikit, cili hidup yang besar sebijik, kunyit hidup sikit je.
Hee.. Barulah ikan singgang ummi. :)
Jumpa bendi. Potong-potong, terus campak dalam periuk.
Done. Tunggu mendidih.
Sambil-sambil tu, masak nasik.
Goreng ikan, get ready dengan baranga-barang yang akan dipenyek ke dalam budu.

Bila semua dah siap, Yeay! Masa untuk makan.....
Jom...
Selamat Lunch ye semua...

Lunch saya hari ni : Ikan singgang, ikan goreng, budu yang dipenyek dengan cili padi dan jugak limau nipis. Perghhhh.. Heaven.... (Gambar ORI adalah TIADA. Sebabnya saya dah tak tahan sangat dengan bau-bauan makanan atas meja...)
Nah, gambar hasil google.
credit : resepimelayukelantan.blogspot.com
kat kelantan biasanya akan guna ikan tongkol ni. Tapi Terengganu lain sikit. Macam yang ummi selalu buat. :)

Credit : Pelancung.blogspot.com
Bezanya yang saya punya tak ada tempoyak. Saya tak pandai makan tempoyak.

Sekiannn....

:)

Dinner untuk husband, still dalam proses. Lepas asar baru masuk dapur balik.

2 comments:

♥ Yuslin Kamal ♥ said...

heheh ira..kita ada resepi singgang

1 ekor ikan tongkol
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
5 keping asam gelugor
4 cawan air
garam secukup rasa
7 biji cili api

AiniNoraini said...

TQ Yus..
Td dah dpt resepi dari mak..
Lain sikit dari yg Yus bagi ni..
:)
Duk teringin yang mak buat..
Tu yang call tnya mak tu..
Tak jd dah kalo google resepi pon..

:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015