Monday, May 9, 2011

25th Birthday..

Alhamdulillah.
Hari ini, genaplah 25 tahun saya bernafas dengan meminjam nikmat yang Allah bagi. Syukur. Pada usia 25 tahun, saya mempunyai seorang suami yang amat mengambil berat serta penyayang. Pantang rasa suhu badan saya tinggi sikit, mesti kalut nak bawa ke klinik.
Ulangtahun kelahiran kali ni sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya. Umur makin bertambah. Kematangan juga harus saya upgade menjadi selaras dengan umur yang semakin meningkat. Tak nak lah umur 25 tapi kematangan tu tahap budak 5 tahun kan?

25 tahun yang lalu, ummi bersusah payah nak keluarkan saya. Terima kasih banyak-banyak ummi. Selamat Hari Ibu. ^__^

Ulangtahun kelahiran tahun ini mungkin tak seperti zaman kanak-kanak dulu kot. Cukuplah kawan-kawan sms or call mendoakan kesejahteraan hidup saya, kebahagiaan saya bersama suami berkekalan sehingga ke syurga. Terima kasih semua. Terharu kerana masih ada rakan-rakan yang mengingati tanggal ulangtahun kelahiran saya. Cik Farizahani, seperti tahun-tahun menjadi student di UIA tak pernah tak jadi orang first untuk wish. Thanks friend.

Teringin jugak terima kejutan ulangtahun kelahiran dari insan-insan terpilih. Tapi mungkin belum ada yang realize kot. Mungkin satu hari nanti hajat saya tercapat kot.

Oh. Hampir lupa. Hadiah ulangtahun kelahiran yang ke-20 kalau tak silap saya merupakan satu kejutan buat saya oleh Darling Husband. Ehem. Masa tu belum nikah. Teman tapi mesra. ^__^

Patutlah masa tu dia tak bagi saya beli MP3. Rupanya dia nak hadiahkan saya MP4. Thanks sayang. Cubaan u menjadi. :) I terharu OK. Kikikiki.

The best birthday celebration ever was masa ulangtahun kelahiran ke-23. Masa tu saya dan rakan-rakan sedang menjalani latihan industri. Seriously, I was very happy. InsyaALLAH takkan saya lupa. Terima kasih kawan-kawan.


And one more thing, my ayah tak pernah miss untuk wish. Walaupun bukan orang yang pertama, dia tetap akan wish. Each and every year. That's why I love my ayah so much. He is my hero ever. ^__^ Tak dapat bayangkan if one day dia dah tak ada. Pasti janggal ulangtahun kelahiran saya tanpa ucapan dari dia. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan. Amin. Walaupun dah ada suami, kasih sayang saya untuk saya, sikit pun tak kurang. So now, I got 2 heroes. Ops. Silap. My beloved brother pon is on of my hero. :) I got 3 of them. With lots of love.

Lastly, these are my wishlist for 25th birthday;

Be a good servant.
Be a good, loyal wife.
Be a good daughter and sister.
Menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.
Handphone baru sebijik. :) (Tetiba lari topik. Hahaha.)

2 comments:

wani syazwani said...

main boling and makan kek eskrim baskin robih yang super duper best!! :)
miss those sweet memory~~

N.M. Noor said...

betul cik wani..rindu sgt..

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015