Alhamdulillah.
Operation wound yang kat luar dah kering. Dah mula rasa gatal-gatal. Orang cakap kalau dah gatal-gatal maknanya dah nak baik. Fakta atau auta, saya tak pasti. Yang penting, wound tu sembuh. Itu lebih penting.
Wound kat dalam, Wallahu A'lam. Tapi harap-harap, sama macam yang dekat luar ni. Amin.
My health progress so far, adalah amat baik. Bleeding yang saya sangkakan menses tu pun dah stop. Alhamdulillah. Betul la kata doctor. It will stop in a week. Susah bila engineer tak percaya cakap doctor ni. Nak ikot susah hati dia je. Huhuhu.
Makan, still kena pantang. Bukan pantang nampak ye. Ni pantang betul-betul pantang. Hari-hari ikan bakar, sawi rebus. Hari-hari. Dah mula naik bosan dah ni. Lepas tu biskut kering cicah milo. Oh My.
Letih saya. Tapi suami selalu pesan jangan ngelat.
Dan.. nak bagitau 1 rahsia. Kelmarin saya dah ngelat dah.
Saya curik kerak ayam goreng crispy kepunyaan adik lelaki. Fuh. At last, hilang kempunan.
Sape tak kecur air liur der tengok orang makan ayam goreng crispy. Kegemaran saya pulak tu.
Lepas tu cakap dengan suami, saya kena marah. Hihi.
Sikit je pun Yang I amek. Bukan seketul. I amek kerak seco'et je. Sorry ye Yang. Hehehe. See, your wife is getting better now. Dah boleh ngelat makan. Not like before. You should be happy tau. ^__^
Berat badan.
Oh. Ini boleh dibanggakan. Setelah 13 hari makan ikan bakar bersama sawi rebus, akhirnya berat saya turun 4kg. 4KG der. Bukan sikit tu. Biasa saya diet sebulan pun belum tentu turun 4KG.
Vangga kot. SMS suami untuk beritahu berita gembira.
Sekali suami macam tak layan. Dia boleh cakap tak kisah lah berat turun ke tak. Yang penting sihat.
Sayang, you tau tak berat turun ni adalah pencapaian yang paling memvanggakan I.
Kalau macam ni, saya rela berpantang sampai bila-bila. Huh. Macam tipu. Tak de nye der saya nak pantang sampai bila-bila. Mana tahan. Huhuhu
Rindu.
Eh. Tiba-tiba macam lari topik. Tapi serius, saya rindu suami.
Sudah seminggu lebih berjauhan.
Hujung minggu lepas, suami pulang ke rumah kami. Tapi tak lama. Sebab dia cakap, duk kat rumah buat dia lagi teringat kat saya. Owh. I love you lah Sayang. Hehehe. Nasib baik I panjang umur lagi. Alhamdulillah.
Sedih tahu bila berjauhan. Awal-awal nikah dulu pun dah memang kena separate. Tapi tak apa. Sebab masa tu tak sakit. Lain dengan case sekarang. Tak ada orang saya nak mengendeng-ngendeng bila tersedar lenguh-lenguh belakang waktu malam. Kalau ada suami, boleh saya kacau dia.
Tak ada orang nak pegang dahi saya dan cakap;
"Sayang, you demam ni. Esok gi klinik jom." Huhuhu.
He is so adorable.
Tak ada dah lelaki lain selain dari dia. Memang jodoh yang ALLAH tetapkan untuk saya adalah sebaik-baik rancangan dah. Alhamdulillah. Sekarang kami mengharapkan Allah hadiahkan zuriat soleh/solehah pulak untuk menambahkan keceriaan kami. InsyaALLAH.
Masa hantar suami berangkat ke KL tempoh hari, rasa macam nak tumpas dah. Macam nak jadi drama sebabak dah. Salam, peluk, cium. Tapi sebab orang ramai tengok. So, jadi malu. Simpan balik buat drama kat rumah. Dan. Setiap kali sms suami, time dia buat ayat sebabak, saya rasa nak menangis. Dan memang menitis airmata pon. ^_^
Macam hari Jumaat lepas.
Di kawasan perumahan saya, ada pasar malam. Kebetulan malam tu suami dan adik dia nak balik ke rumah kami. Saya pesan dekat suami, beli je makanan kat pasar malam. Tak yah masak. Tahu tak apa dia jawab?
"Tanak la. Nak makan ngan Ain. Makan rangka ayam sama-sama."
Ya Allah. Masa tu sentap kejap. Bukan sentap yang sentap tu.
Ni sentap yang menyentuh jiwa.
Semakin kuat hati saya mengatakan bahawa suami memang amat perlukan saya. *perasan*. Teringat saat saya disorong keluar dari OT tempoh hari. Terpancar sinar penuh harapan dari wajah suami. Terharu saya dibuatnya. Sepanjang saya di wad, ketika datang mode JK (Jiwa Kacau) saya akan sms suami. Jawapan-jawapan dia betul-betul membuatkan saya amat bersyukur kerana ALLAH dah hadiahkan dia untuk saya. Bila keluar ayat "abang sayang kamu lebih dari nyawa abang" tu yang buat hati saya lagi sayu.
Syukur Alhamdulillah. Semangat saya semakin pulih. Saya kena kuat sebab ada orang perlukan saya untuk dia teruskan kehidupan dia secara gembira.
Nah, gambar sebijik. Pre-honeymoon kat Cameron Highland awal bulan lepas. Dia janji, bila saya dah betul-betul sihat, dia nak bawak saya jalan-jalan lagi. Oleh itu, saya kena cepat sihat, cepat sembuh. Yeay!
Sekian. Update selepas 13 hari surgery. I am getting better. Thanks for your doa friends.
No comments:
Post a Comment