Assalamualaikum.
Kerja kat ofis sekarang macam tak nak abis je. Hari-hari macam datang bertimpa-timpa. Untuk audit Isnin ni yang paling saya risau. Rasa macam dah banyak yang saya prepare. Tapi kenapa rasa macam makin kurang pulak. Adoyaiiiii.
Saya cukup risau tentang audit Isnin ni. Rasa macam nak MC secar tiba-tiba je. Aci tak macam tu? Huhuhu.
Rasa macam tekanan datang dari segenap ceruk. Semua memberi tekanan yang bertubi-tubi sampai saya tak dapat nak mengelak.
Sekarang, saya nk turun production pon dah tak sempat. Menghadap PC setiap minit. Kadang-kadang je tak hadap PC sebab kena attend meeting.
Ok. Sebut pasal meeting, saya rasa musykil. Kenapa saya kena attend meeting yang langsung tade kaitan dengan saya. Tahu tak tu semua membuang masa saya. Banyak lagi kerja lain yang saya nak kena buat. Tak larat kot nak kena OT everyday, every month.
Colleague saya dah mula merungut. Risau betul saya kalau dia resign. Bukan apa, nanti saya tak da kawan yang boleh saya share masalah. Huhu. Nanti takde orang nak support saya.
Kehidupan di ofis sekarang adalah sangat baik if kita tak bercerita mengenai kerja and uneven bosses. Memang sangat menarik. Rasa macam setiap minggu tu berlalu dengan pantas je. Macam pergi Industrial Training pulak. Colleague saya umur pulak lebih kurang. Memang kepala lebih kurang jugaklah dengan saya. Itu adalah salah 1 sebab kenapa saya belum ada rasa nak resign or apa-apa.
Saya rasa saya boleh gain something from company sekarang before saya cari tempat lain yang lebih baik. InsyaALLAH.
Saya sayang kerja saya, saya sayang kehidupan dan kebahagiaan yang ALLAH anugerahkan buat saya sekarang. Alhamdulillah.
** Tade mood ni mungkin sebab dateline dah nak sampai kot. Red flag will be raised soon. Huhu. Mood-swing. Nyte.
No comments:
Post a Comment