Sunday, November 28, 2010

December is coming

Assalamualaikum..
It's 28th of November and I'm having flu. Huaaaaaaaaaa. Setakat start keje ni, this is the third time kene flu. That day masa busy gile dengan keje ofis, tetiba kena flu. Hampir-hampir demam sebab agaknya badan terkejut dengan kerja yang datang bertimpa-timpa dalam 1 masa. Huhuhu. Kene get use to it la nampak gayanya. Alhamdulillah, tak lama flu tu. Terus amek ubat.

Malam tadi, saya di Teluk Kemang. Rumah sewa adik lelaki saya kat sana. Family datang hantar dia and saya turun sana jumpa mereka. Hotels are fully occupied. So kami terpaksa tidur kat rumah sewa adik. Memang tidur saya malam tadi tak berapa selesa. Nasib baik pagi semalam saya kerja. So, penat tu menyebabkan mata saya terlelap juga. Tapi, kerap saya terjaga. 1 tilam single share 3 beradik. Terpaksa la alas pinggang ke atas je. Pinggang ke bawah, atas simen. Sejuk. T__T Tersedar pukul 3 pagi, hujan lebat pulak. Saya tidur berbantalkan selimut adik, terpaksa gunakan selimut tu untuk kami bertiga. Gunakan telekung sebagai bantal. Sadis betul. Kesian ibubapa. Mereka tidur beralaskan tikar plastik je.

Oh. Sebenarnya saya nak cakap yang saya tidur tak sempurna malam tadi. Hasilnya, hari ni kepala saya jadi macam weng je. Sampai je Rawang petang tadi, terus kemas-kemas apa yang patut. Then mandi. Because I bet, dalam keadaan yang macam nak hujan and dah hujan pon masa dalam perjalanan dari Teluk Kemang ke KL tadi... Mandi lambat akan menyebabkan saya menggigil teruk. Nanti demam. Saya tamau demam. Nanti rasa nak mak kat rumah ada disamping untuk merawat. T__T


Lepas mandi, golek-golek sambil online. Badan rasa kurang gagah sangat. Kepala pon still weng. So, saya disconnected. Konon tanak tidur. Malas nak layan mata. Saya pasang cerita apa tah. Ashton Kutcher berlakon. Tak sedar bila saya lena, tahu-tahu bila sedar balik laptop dah in standby mode. HAHAHA. Teruk. Patot la mata rasa pedih-pedih je masa tengok tu. Sikit pon tade input masa tengok cite tu. Tahu Ashton Kutcher berlakon pon sebab baca masa mula-mula cerita nak start.

Saya dah standby alarm siap-siap before landing. Sebab macam dah bajet, kalau terlena nanti terlepas pulak Maghrib. Nasib baiklah tersedar. Tapi yang tak best, as soon as I woke up.. Terus sneezing.. Huaaaaa. Running nose. Rongga hidung rasa macam ada seekor gajah yang besar sedang bergayut dan menyebabkan saya sukar bernafas. Hidung tersumbat. Haih.

Esok Isnin. KERJA. InsyaALLAH, ibadah juga kalau dilakukan dengan niat yang betul. So, saya nak tidur dulu. Hoping for running nose fly away from me while I'm sleeping. Selamat Malam.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015