Assalamualaikum...
Alhamdulillah, syukur kerana dapat lagi mencoretkan kenangan di sini. Syukur kerana masih di beri peluang untuk bernafas lagi ketika ini. Syukur. Syukur.
Alhamdulillah juga kerana berjaya melalui 2nd October dengan jayanya. Segala perit jerih menuntut ilmu selama 6 tahun akhirnya berbayar. Alhamdulillah. Segala pujian hanya untukMU.
Alhamdulillah, ayahbonda selamat tiba di Gombak sehari sebelum majlis bermula. Adinda-adinda juga turut hadir walaupun terpaksa ponteng kelas.
Alhamdulillah, begini rupanya perasaan setelah mengharungi cabaran di menara gading. Dulu, pernah berangan untuk ke menara gading. Tapi tak sangka impian itu semua dah pon tercapai. Alhamdulillah. Syukur Allah panjangkan usia aku sampai ke tahap ini.
And now, I am officially graduate. I got my Bachelor Degree of Engineering (Materials)(Hons). Gembira tak terkata. Saat dalam CAC tu, rasa macam mahu saja airmata ini menitis. Gembira dengan apa yang telah aku usahakan selama ini. Mungkin juga mahu menitis memikirkan cabaran hidup sebenar bakal bermula setelah keluar saja dari CAC. Aku mohon Allah kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan sebenar ini. Amin.
Sebagai penutup entri, Alhamdulillah.. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment