Sunday, July 4, 2010

.:PARANOID:.


Paranoid...
Hmmm.. Aku rasa aku ada satu masalah. Masalah ni sejak kecik lagi kot dah ada. Tapi nowadays macam lagi clear je. Hmm. Apa nak jadi dengan aku ni tah. Few years back, ke'paranoid'an aku ni macam tak lah nampak sangat pon plus aku sendiri pon tak sedar yang aku paranoid.. HAHAHA.

Lately ni aje rasa semacam je. Since aku dah kena bergerak dengan kaki sendiri, dengan usaha sendiri. Plus waktu kecik dulu my parents pon memang macam dah trained aku to be like this. Heh. Parents pulak dipersalahkan. Padahal aku sendiri yang menjana dan membina paranoid tu sendiri. Lagi pulak sekarang ni kan banyak sangat jenayah berlaku. And it makes me feel like this.


Dulu kecik-kecik parents always said "jangan jawab kalau orang yang kita tak kenal tegur." "jangan naik kete orang yang kita tak kenal." "jangan ikot orang yang kita tak kenal." and many more "jangan" lah to their kids.... Including me lah. Mungkin itu salah 1 sebab aku jadi paranoid bila dah besar ni.

Aku sentiasa rasa terancam bila masuk dalam 1 komuniti yang baru. Yang aku rasa asing bagi aku. Padahal, when it comes to tempat baru, memang macam tu lah kan. We do not know anyone. Macamana nak rasa selamat. Kan? We do not know orang yang macamana mereka-mereka tu. Sometimes tak semua orang yang kita tengok macam jahat is jahat. It could be sebaliknya. Kan?


Even if aku pegi mana-mana pon, aku prefer ada orang lain yang aku kenal untuk temankan. Aku rasa tak selamat bila alone dengan strangers. Susah betul la sapa jadi suami aku nanti. Bini dia ni banyak songeh. Huh. -_-"


Kisah paranoid 1:
Masa kat kampus dulu, kalau keluar kampus aku prefer tak bawak handbag if aku guna public transport. Bia la orang nak kata apa pun. Yang penting, kita beringat sebelum kena. Bila aku keluar dengan kereta sapa-sapa yang aku kenal then baru aku bawak handbag. Lepas tu masuk kete, terus letak handbag dekat kaki. Oit. Kat KL ni bukan bleh caye. Cermin kete pon dorang sanggup pecahkan tahu?


Kisah paranoid 2:

Kalau jalan-jalan kat tempat yang aku rasa macam aku tak familiar, aku prefer activekan speed dial kat henpon. If anything happen, senang aku dial je. Then aku dah aim dah kat mana aku nak lari kalo anything bad happen. Huhuhu.

Kisah paranoid 3:

Kalau naik cab, aku akan sentiasa keep in touch dengan sesiapa saja yang close dengan aku. Sentiasa update kat mana aku berada. Walaupun driver cab tu macam baik. Ingat ye. Orang muka baik, tak semestinya dia baik.
Hmmmm...

Macamana aku nak ubah semua ni dari terus menghantui perasaan aku? Susah macam ni. Keyakinan diri tak da. Dah la rasa macam takot je sepanjang masa. Buat aku rasa tak selesa. Rasa macam nak pakai topeng je everywhere I go. So that orang jahat tak boleh nak recognize muka aku.


Aku rasa ke'paranoid'an aku ni serius. Boleh sampai tahap menyusahkan orang lain yang betul-betul amek berat kat aku. Tapi ape aku boleh buat. Aku tak mintak semua ni ada dalam diri aku. Fine. Aku admit yang aku memang penakut. Tapi it's for my own good la. Kalo berani sangat pon, payah jugak. Rite?


Sekarang, rasa betul-betul terancam when I have to ulang-alik melalui jalan yang ramai orang asing. Dengan masalah jenayah sekarang yang amat berleluasa ni, aku tak yakin. Aku sangat tak yakin. Unless polis jaga kat every junctions yang aku nak lalu. HUHUHU. Melampau bukan?


Apapun, rakan-rakan... Doakan aku ye. Semoga ALLAH memberi aku kekuatan luar biasa untuk mengatasi semua ini. Semoga ALLAH memberi aku jalan keluar yang mudah. Semoga ALLAH membantu aku setiap saat aku memerlukanNYA. Amin. Hanya ALLAH yang aku ada.

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015