Saturday, September 19, 2009

biskut nestum idaman kalbu

ini cerita pasal kuih raya..
tahun ni berjaya jadi chief chef...
biasanya setakat jadi co-chef je...huhu
tahun ini...berganding bahu dengan adik pompuanku yang seorang itu..
bertungkus lumus membuat biskut kegemaran ini...
BISKUT NESTUM IDAMAN KALBU....
sila amek perhatian...2 patah perkataan selepas biskut nestum itu adalah rekaan semata-mata..tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati...

heh..cukup lah mengarut..
sekarang..nak share resepi menarik ini..
sebelum itu..nak bagitahu..
kami mengenali biskut ini selepas pergi beraya rumah kawan ummi..
dengan tanpa segan silu..terus mintak resepi dan makcik tu siap bagi 1 tupperware untuk kami bawak balik rumah... thanks makcik.. ^_^

nak buat benda ni senang je sebenarnya..
ingatkan susah...
tapi sebenarnya..alaahhh..sebelah mata pon siap..
heh..bangga diri neh..

bahan-bahan dia;
500g minyak sapi
1 cawan gula halus
2 cawan nestum yang dah di blend halus
2 cawan susu tepung
tepung gandum
1 biji telur kuning
ummm...rasenye ini je kot..

cara-cara nak buat dia;
mula-mula...campur minyak sapi,telur kuning dengan gula halus...
then gaul la smpai dorang tu sebati dekat dalam bekas...
bila dah macam betol-betol sebati..
letak pulak nestum n susu tepung tadi..
gaul lagi sampai sebati sehati sejiwa lagi..
finally letak lah tepung gandum tu nak bagi dia macam lembut sikit..

lepas tu kan...
aku macam rasa doh aku ni terlalu lembut la pulak..
sampai tak dapat nak bentukkan dia..
so...lepas pikir-pikir..
aku tanak tambah gandum..sebab nanti tak sedap la kalau rasa gandum lebih..
so,decided nak letak nestum tadi..
bila dah letak...
agak-agak dalam 3 cawan lagi kot..
hehe..
memandai alter resepi orang...aishhh...
then baru lah macam jadi...
so,buat bentuk bulat-bulat dan letak dalam cup tu..
kerja adik aku adalah mentabur bijik-bijik comel warna-warni tu..

so..sebelum masuk oven..rupa dia begini..
sila rujuk gambar di bawah... ^_^


bila da siap sume...masuk dalam oven temperature agak-agak dalam range 130-150 Celcius..
lepas tu bakar dia dalam masa antara 7-10 minit aje...
masa mula-mula nak kua kan 1st batch of biskut nestum ni..
aku dah macam cuak..
ye laa..takot tak jadi..
nanti kena gelak dengan ummi..
keluarkan dia dengan penuh debaran..
sejukkan kejap...
lepas tu..
ngaaappp...
*sangat teruja sebab tak sangka rasa dia sedap..lagi sedap daripada yang ummi buat...heh..perasan la pulak...*

lepas tu meneruskan lagi usaha...
nak abiskan sume doh yang dah dibuat tadi..
gambar kat bawah ni..
gambar biskut nestum yang dah masak..
aku berjaya menghasilkan
250 (tak tau nak bagi penjodoh bilangan yang sesuai..) biskut nestum..
sangat rasa macam tak percaya diri sendiri mempunyai bakat buat sume tuh...
hehe..
ni yang macam excited nak buat lagi ni..
^_^

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015