Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah, yang Maha Menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.
Finally, 2014 bakal melabuhkan tirai.
Setelah pelbagai cabaran, ujian dan anugerah yang Allah kurniakan kepada aku dalam setahun ini, Alhamdulillah. Syukur aku masih bernafas. Masih punya peluang untuk memperbaiki diri.
2014, tahun yang penuh dengan benda baru untuk aku belajar.
Permulaan hidup baru setelah melahirkan Iman Insyirah ke dunia.
Permulaan hidup yang terlalu berbeza.
Syukur, diberi ujian seperti itu.
Ramai yang mengingatkan aku, menasihati aku, dan pelbagai lagi.
Tidak kurang juga yang mengangkat aku sebagai 'supermom'.
Terima kasih.
Segala kekuatan itu datangnya dari Yang Maha Esa.
Yang menghadiahkan aku ujian itu.
Itu tandanya Allah sayang hambaNya. Kan?
Juga permulaan baru sebagai ibu kepada dua puteri comel.
Alhamdulillah, Dia beri aku dua insan comel yang paling dekat dalam hati aku.
Datanglah apa sekalipun cabaran, insyaAllah, demi mu puteri-puteri ku, ibu akan terus kuat.
Penat setelah menjadi mother of two?
Of course.
Lebih penat dari dulu.
Tapi Alhamdulillah, seronok.
Alhamdulillah, dalam 2014 juga, aku lulu VIVA MSc dengan minor correction.
Syukur.
Sesungguhnya ilmuNya terlalu luas.
Syukur juga, 2014 membawa aku kembali mengimbau zaman bergraduasi bersama teman-teman coursemate dulu.
Walaupun kali ini nyata berbeza, tapi suasana di dalam hall menggamit satu persatu memori lama.
Rindunya coursemates masa degree dulu.
Dan yang paling bermakna, Allah tetapkan jalan aku dalam terus menyelami dan mendalami lagi ilmuNya yang luas ini.
Alhamdulillah, permulaan perjalanan pengajian doktor falsafah yang baru saja bermula tiga bulan lalu.
Permulaan baru yang nampak macam tough pada mulanya.
Dan ternyata memang tough pun once dah melangkah lebih sikit.
Tapi aku percaya.
Aturan Dia adalah yang terbaik.
Tak kan Dia arahkan hati aku ke situ kalau itu bukan yang terbaik untuk aku.
2014 juga merupakan tahun kesedihan buat kami sekeluarga.
Pulangkan atuk kesayangan bertemu Pencipta pada 23 October 2014 cukup memberi kesan luka yang amat dalam.
Walau apa pun, aku bersyukur, kepergiannya dijemput elok.
Segalanya elok. Sempurna.
Seakan sedang tidur lena di dalam persalinan putih beliau.
Alfatihah. Semoga rohmu berada dikalangan orang beriman. Amiin.
Buat Malaysia, 2014 ternyata banyak meninggalkan impak yang besar.
Kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum ada petunjuknya.
MH17 yang ditembak jatuh di negara orang, membuatkan hati aku cukup tersentap.
Bagai ada saudara sedarah sedaging di perutnya.
Allahu.. Satu persatu musibah melanda negara.
Airmata tangisan kehilangan MH370 masih belum kering, ditambah pula dengan MH17.
Allah.
Satu persatu Engkau sentuh hati kami.
Satu persatu Engkau ingatkan kami.
Dan kini, banjir teruk di beberapa tempat di negara ini.
Hari ini, sinaran mentari nampak sangat cantik.
Semoga sinaran itu terus menyinari bumi Malaysia, memulihkan kembali keadaan mereka yang terlibat dengan ujian banjir teruk.
Amiin.
2015, aku menyambut kehadiranmu dengan penuh berlapang dada.
Semoga hadirmu memberikan setahun yang bermakna buat aku, dan buat semua.
Semoga orang-orang kesayangan aku diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup, dan segala yang baik-baik.
Amiin.
No comments:
Post a Comment