Alhamdulillah. Masih bernyawa meminjam nikmat yang Allah sediakan.
Khamis lepas, saya OT sampai jam 7. Pulang ke rumah dengan membawa perut yang lapar tapi tak ada selera nak makan. Suami cakap dia nak makan megi goreng. So, saya buatkan untuk dia. Untuk saya, cuma rasa nak makan nasi ngan ikan goreng cicah budu. Hehehe. :)
Dah selesai masak, saya siapkan diri pulak. Perut dah mula berangin. Tapi saya buat tak tau je lagi. Nak tunggu husband balik, nak makan sama-sama. Saya buat tak tau je, buat macam tak sakit. Then solat Isyak.
Masa tengah solat, suddenly rasa cramping kat lower abdomen. Dah siap solat, saya baring depan TV. SMS husband cakap saya sakit perut. Alhamdulillah, dia tak lambat balik malam tu. Saya memang dah tak lalu nak makan dah. Sakit makin menjadi-jadi.
Lepas je dia solat and makan, terus bawak saya ke klinik. Klinik pun dah suspek macam-macam, tak berani dah nak proceed. Terus refer saya ke hospital. Husband request to send me to UM Medical Centre.
On the way to UMMC, saya sedar tak sedar je. Tau-tau dah sampai unit trauma dan kecemasan. Lepas ding-dong-ding-dong kat kecemasan tu, saya dibawa ke consultation hall. Jumpa specialist. Banyak jugak procedure yang dorang buat. Perit jugaklah rasanya. Doctor suspected dah ada internal bleeding and dan start spread out to my abdomen. Perasaan saya masa tuh? Hmmm. Still neutral. Tapi ada la jugak sedih sikit. Sebab I was never being send to Emergency Unit before. Orang tak pernah kena sakit berat. Tau-tau ada internal bleeding pulak. Pheww.. Seram.
Malam tu jugak saya kena admit. Dah kena start puasa. Sebab the doctor said saya kena operate a.s.a.p before the blood spreads more and filling up my abdomen. Masa tu saya dah tak boleh baring flat. Any of forces memang tak boleh dikenakan pada bahagian perut/abdomen saya. Ya ALLAH, masa tu sakitnya memang tak tahan. Dalam hati hanya berdoa jika sakit ini dapat menghapuskan dosa-dosa saya, saya redha. Suamilah orang yang paling cuak malam tu. Ke hulu, ke hilir. Turun naik wad. Kesian dia.
On Friday (13 May), pagi-pagi lagi a specialist check saya lagi. And kali ni memang dia betul-betul pasti kat dalam memang dah start bleeding. Operation dah tak boleh tangguh-tangguh lagi. Pagi tu saya dah start di masukkan air drip. Sakit. Itu je yang mampu saya bagitau. Mungkin sebab saya tak pernah melalui semua tu sebelum ni. Suami setia disisi. Sementara menunggu turn operation, saya masih di wad. Menahan sakit yang amat. Kadang-kadang menitis airmata menahan. Suami cuma mampu menyapu airmata isterinya. Kesian suami saya. Mungkin tak pernah tengok saya terlantar macam tu.
12 p.m., the nurses bawa saya ke OT. Masa tu memang tak ada langsung perasaan takut. Sebab sakit itu dah melebihi segalanya. Suami masih mengiringi saya hingga ke waiting area.
2 p.m., saya dah berada di dalam OT. Bersedia untuk diperlakukan apa saja. Saya redha. Asalkan saya dah tak sakit, saya dapat menjalani hidup normal bersama insan yang saya sayang. Bius disuntik secara halus oleh doctor bertugas dan saya tak sedar langsung sepanjang pembedahan dibuat.
Saya tak sedar pukul berapa exactly masa nurse kejutkan saya. Yang pasti, saya terasa seperti baru bangun dari tidur yang panjang. Badan letih. Mata berpinar-pinar. Alhamdulillah, saya dah selamat. By the time the nurses bawa saya ke wad, ternampak kelibat suami. Kesian suami saya. Wajahnya penuh dengan kerisauan. Sorry Sayang. I buat U risau sepanjang 2,3 hari tu.
Suami sentiasa disisi. Itulah kekuatan saya. Terasa sebak juga melihatkan keadaan dia. Bersusah payah. Syukur Allah hadiahkan dia kepada saya. Anugerah yang teramat bernilai. Before operation, segala pergerakan saya haruslah dibantu suami. Dari baring, nak duduk, dia kena angkat. Dari duduk, nak baring, pun dia kena ampu belakang saya. Terima kasih Sayang.
Alhamdulillah, nasib baik lepas operation, saya tak alami sebarng complications. No vomiting, no dizziness, nothing. Cuma rasa berkahak dalam dalam because of anesthetic yang diberi. On Sunday (15 May) saya dah boleh discharge from ward.
Bersyukur sangat sebab saya adalah insan yang dipilih ALLAH untuk menerima ujian ini. Saya tahu, Allah takkan bagi saya ujian ni kalau Dia tahu saya tak mampu nak hadapi. Segala ketentuan ALLAH itu adalah indah. Ada yang lebih baik DIA dah rencanakan buat saya dan suami. Terima kasih ALLAH. Kuatkan lah hati dan semangat hambaMu ini dalam menempuhi segala ujianMu. Amin.
Million thanks to my Darling Husband yang dah banyak sangat tolong saya. My Mom yang sanggup datang jaga saya di wad since my husband tak dibenarkan jaga saya pada waktu malam. My aunties, uncles, cousins. Thanks. My bro in-law yang datang bawak air yang banyak. My in-laws yang SMS and call my husband memberi kata-kata semangat. Thanks all. InsyaALLAH, saya akan terus kuat. Saya patut berbangga kerana ALLAH telah memilih saya untuk menerima ujian yang sangat rare ini. I am the lucky 1 in every 40 to 1 in every 100 cases yang pernah berlaku.
Saya sakit apa? Later saya cerita OK?
Cuma saya mohon, readers yang singgah tolong doakan saya cepat recover from operation wound ni. Saya harap badan saya cepat heal from inside. Amin.
9 comments:
mung ok ke?
Aku ok magh..
Getting better..
Pray for me ya.
^___^
Jaga diri baik-baik...
Cik Nurul ~ Ye. Saya tengah menjaga diri ni. Hihihi
along sakit ape nie? take care tau, xoxoxoxo
Nadiah ~ Sakit yg paling menyakitkn yg pernah dihadapi. tapi dah ok dah. just pray for me dear... :)
salam ain,
kita serupa la..hehe
sy pon mendapat surprise b'day present sebijik mcm ain..sy diuji slps 4 hari meraikan hari lahir yg ke dotdot..sedih tak yah ckp la..hny Dia yg tahu..tp alhmdulillh..sy percaya setiap musibah & ujian yg diberikn, ada hikmah disebaliknya..skrg masih dlm proses pemulihan..semoga Allah kurniakan rezki yg lebih baik slps ni. amin
@Shahida tu la kan.... kamalida RH ek? insyaALLAH, sampai masa nnt, Dia ganti balik..percayalah..
@~cahaya~
a'a..kamalida RH ^^,
Post a Comment