Sunday, June 20, 2010

Dia Hero Saya Sepanjang Hayat

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi

Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan

Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

24 tahun anakanda membesar, 24 tahun ini jugaklah pengorbanan yang ayah dah curahkan tanpa sebarang syarat dan bayaran. Ingat lagi ketika mula-mula belajar membaca dulu. Ayah orang yang paling supportive dalam mendidik aku. Ayah belikan aku majalah dewan pelajar seawal umurku 3-4 tahun. Diajarku membaca. Dipenuhi segala permintaanku. Aku juga tidak pernah lupa untuk memenuhi permintaan ayah untuk berjaya dalam pelajaran. Alhamdulillah, setakat aku di sekolah rendah belum pernah menghampakan harapan ayah. Setiap kali majlis penyampaian hadiah, ayah dan umi pasti akan mendapat jemputan.

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta

Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Aku semakin meningkat dewasa. Mula memasuki alam sekolah menengah. Alhamdulillah, berkat didikan ayah dan umi aku berjaya menyambung pelajran ke MRSM. Mungkin pada setengah orang, menjadi pelajar MRSM tidaklah begitu hebat. Tidak sehebat pelajar SBP. Tapi pada aku, ini sudah cukup unutk membuatkan ayah umi bahagia. At least mereka dapat lihat hasil titik peluh yang mereka dah keluarkan selama ini. Aku bersyukur mempunyai parent seperti mereka, aku bersyukur dan bangga menjadi pelajar MRSM (emm..yang ni macam tiba-tiba sangat.huhu).

Oh ayah akan ku bukti padamu

Curahan kasih tidak kusiakan

Mencapai cita jua kejayaan

Kan ku bela nasibmu di hari tua

Uhh...terasa macam sebak lah pulak bercerita mengenai ayah. Banyak kenangan bersama ayah yang dah aku kumpul dari kecil. Ayah adalah hero terpaling hebat yang pernah aku jumpa. Walaupun dulu aku penah mengangkat Power Rangers sebagai the most powerful heroes yang ada, tapi yang tu belum boleh mengalahkan ayah. kecik-kecik dulu rapat dengan ayah. Dah besar ni da macam malu kot. Huhuhu. Dah nak jadi bini orang pon dah. Ayah tetap cool masa bagitau dia yang aku nak kawen. Berat untuk dia lepaskan. Aku tahu. Tapi lumrah dan kenyataan yang harus ayah terima. lambat laun, ayah terpaksa jugak melepaskan tanggungjawab memelihara aku kepada orang lain. Hmmmm...

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti

Ayah...akanku buktikan segala titik peluh kalian berdua tidak sia-siakan. Anakanda kini sedang gigih mencari pekerjaan. Doakan rezeki anakanda dipermudahkan. Akan kubalas jasa kalian berdua.. Ini janjiku.
Biar ku tawar wang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa

Yang tidak ternilainya

2 comments:

Cik Nurul Pinky said...

sedihnya baca entry ko kali ni..huhuhu nak nagis gak aku rasa..

N.M. Noor said...

cik puan nurul ~ huhu..aku pon sedih masa buat entry ni..:)

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015