Wednesday, September 26, 2018

Must Visit : 99 Wonderland Park, Tasik Sri Murni

Assalamualaikum.. Sis kembali.. Disamping kerja hakiki membebel di kelas.. Sis jugak mempunyai hobi membebel di tempat lain (read: di blog dan socmed). Kengkawan memang dah tahu sangat dah. Kalau membebel memang payah nak stop. Dan hari ni, nak membebel pasal satu tempat best ni.

Weekend baru ni (Saturday) bawak the kids ke 99 wonderland park.
Plan nak pergi petang asalnya. Tapi dek kerana area sini asal petang je hujan, asal hujan je petang, siap pakej ribut petir, maka kami ubah plan. Siap-siap jam 10 lebih keluar rumah.
 

Main Entrance
Arrived at 10:45 in the morning.
Masa tu panas pun belum kaw-kaw la. Nak pegi petang, weather forecast kata thunderstorm pulak.

Pegi pagi, yang bestnya tak crowded. Hihihi.
Cumanya, less activities la boleh buat. But still, the kids seronok sangat! .
Berbaloi sangat. Entrance fee cuma RM10 untuk adults and RM5 untuk kids above 90cm.

Tak tau anak-anak u ols berapa tinggi? Dont worry sebab dorang ada tempat ukur tinggi siap kat ticketing counter tu.. So, redah saje.. Hihihi

Operation hours :  Wednesday - Saturday 9 am till 11pm (Monday and Tuesday dorang tutup untuk maintenance)

Map of the Park

Dengan entrance fees tu, dapat free buggy ride, free paddle swan, free electric car ride, free cruise ride for kids. Cruise tu chargeable for adults je RM10. Murah ok! Ride tu pulak 20 minutes around the lake. Memang syok!


Entrance for Cruise Ride
 Kat main entrance tu pulak (ticketing counter), dh ada siap2 foods untuk bagi kat animals dalam tu. 3 pek from RM10 only.

And, the best thing is, sekarang kan musim mid autumn festival. So they have lots of lanterns there. Kalau pegi malam, sure sangat cantik!


Masuk je, jalan depan sikit, terus nampak ni. Port terbaek nak ambik gambo kenangan. Cantik ok. And depan sikit ada toilet and surau. So kalau nak ke sini petang membawak ke malam, jangan risau sebab surau dah disediakan. Selesa pulak tu. Sis teruja sampai lupa nak ambik gambo surau. Amponnnnn...
I LOVE KL sculpture




Jalan depan sikit lagi, u ols akan nampak kawasan ni.Banyak itik-itik kepala hijau. Hihihi. Cantik! Baling je pallet makanan, berduyun datang.. Kekanaks ni kemain seronok. Tapi yang kecik tu mencicit lari bila ayam-ayam datang nak mintak food.

Ducks yang kita boleh feed dorang
Duck Lagoon | Ada macam-macam ducks kat sini including the imported one
Every weekend eve (which is Saturday), akan ada fireworks kat tengah lake at 9 pm. Tapi sayang la we ols pegi siang kan.. Eh, pegi siang2 pun best sebab tak crowded. Ostrich tu tadah je mulut mintak suap πŸ˜† Lighting nk bergambo pun nice sangat.


Ok, one of the section dalam Park ni is 12 zodiac zone.
Where, along the walkway, ada 12 jenis haiwan yang mewakili tahun according to Chinese Zodiac.

Sekor-sekor dia nk ambik gambar πŸ˜‚


T-Rex Ring
Haaa.. Trex Ring ni laaaa...
Pasal menatang ni la gigih sis datang sini πŸ˜‚

Hari-hari balik keje, lalu depan JL99 office tu, asyik duk zikir ajak tengok trex πŸ˜†


Minggu cuti panjang hari tu, bigboss demam followed by sis pulak.

Sampai sini, si kecik tu dari jauh lagi tengok menatang ni dah mintak dukung πŸ˜…

Sepanjang magical bridge tu haaaa.. tak padan dengan hari-hari berzikir ajak pegi tengok πŸ˜‚

Ada 4 beranak trex ni haaa..
Baby trex, brother trex, daddy trex, mommy trex katanyaaaaa..

Bergerak dan bersuara ok!

Kalau anak-anak u ols minat dino and friends, boleh la bawak datang sini.. walaupun cuma ada 4 beranak, tapi real ok..
Kalau bernasib baik, dapat la berkejaran dengan trex yang berkeliaran jugak. Tadi sis pegi, beliau belum bangun agaknya πŸ˜‚


Magical Bridge
Macam nak repeat lagi pegi petang sikit. Boleh la tengok lelampu.

Kalau nak tengok fireworks and lelampu tu, pegi agak-agak pukul 6 lebih ke, maghrib kat sana, 900 mlm fireworks dah start. Or else, lagi senang, Maghrib kat rumah, lepas tu zassss jalan.. cumanya if lewat sikit, takut parking depan Park full la.
Tapi don’t worry, dorang provide banyak parking spaces. So no problem.
Boleh la masukkan dalam list must-visit-place untuk bawak the kids nanti tau! 


Overall, sis boleh cakap, 99 wonderland park ni adalah combination of petting zoo + icity + river cruise.. So people around gombak, batu caves, selayang, rawang or generally Selangor timur, tayah dah nak pegi jauh2 untuk tgk lampu LED cecantik, river cruising in the lake, and feeding the animals. Kat selayang ni aje dah cukup u olsss...

No comments:

My Love

Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary Years Ticker
Copyright to NORAINIMNOOR
Designed by UMIESUEstudio 2015